Tentang Kami

Blog Owner
Saya berkerja sebagai seorang guru di Kiulu, Sabah, dan mula diperkenalkan kepada 4Life dan Transfer Factor oleh rakan-rakan sejawat. Saya berminat kepada produk 4Life dan telah mencuba untuk kegunaan saya dan keluarga saya.Kesan
Produk 4Life memang sangat baik dan saya rasa ramai yang akan mendapat manfaat daripadanya.

Blog Admin
Saya merupakan adik kepada tuan punya blog. Kakak saya membeli produk 4Life untuk kegunaan sendiri sahaja, tetapi apabila melihat kepada kebaikan produk 4Life dan Ganjaran Lumayan yang dijanjikan, saya rasa adalah sangat rugi untuk melepaskan peluang keemasan ini. Akhirnya saya menawarkan diri untuk mendirikan dan menguruskan blog ini untuk kakak saya.

Objektif
Tujuan blog ini adalah untuk memperkenalkan Transfer factor 4Life kepada semua orang dan mencari seberapa ramai individu yang berminat Dengan Perniagaan MLM untuk menyertai rangkaian network kami. Dengan adanya blog ini kami berharap semua ahli dalam rangkaian kami dapat bantu-membantu untuk sama-sama mencapai kejayaan bersama 4Life Research.







4Life Sabah


Monday, November 2, 2009

Kenapa orang takut buat bisnes MLM

Saya buat beberapa carian di Google untuk melihat kenapa orang di Sabah ini takut buat bisnes MLM.


Orang bilang MLM banyak menipu, banyak menindas dan tidak adil. Sistem MLM adalah sistem piramid yang mengkayakan orang atas sahaja - Bah, Kaji la dulu macamana sistem piramid dan MLM ini berbeza. Bagi saya, sebenarnya, mana² bisnes pun berupa piramid juga. Ada orang atas dan ada orang bawahan. sebab tu wujud carta organisasi yang berbentuk piramid. Mana ada organisasi yang semua ahlinya manager belaka atau kuli belaka kan? kalau kerajaan komunis pun ada juga ketua dia.Kalau kita orang bawahan dalam kita punya kompeni, kita kerja untuk tuan punya kompeni, yang untung dia, kita pula sampai bila² nda akan jadi kaya kalau terus kerja dengan dia. apatah lagi kalau kita mau jadi orang yang di atas tu, mungkin tiada peluang langsung lah kan? Kalau MLM lain, kita lagi berjaya dari upline pun nda mustahil.


MLM mesti buat beberapa perkara seperti membeli, menjual, guna pakai, menaja - Saya bilang, itu sudah semestinya, macamana kita mau jual barang yang kita sendiri nda kenal? 'bagus ini' kita bilang.. tapi sebenarnya kita nda pakai... mcamana tu? bukan menipukah kalau macam tu. Mesti menaja untuk dapatkan penambahan pendapatan. Kalau nda menaja, kuranglah pendapatan. terpaksalah bergantung kepada hasil jualan sendiri.


Harga barangan memang mahal. Susah mau jual especially kepada golongan berpendapatan rendah - Mencegah lebih baik daripada mengubati, itu kita ingat dulu. Kemudian fikir pula potensi pulangan yang kita boleh dapat. Ramai orang sanggup membuat apa saja untuk kesihatan dan wang. Fikirkan peluang yang lain, dunia kita ini luas, jangan sempitkan fikiran kita dengan orang di sekeliling sahaja. di luar sana ramai yang men cari² peluang seperti ini, cuma diorang belum terjumpa lagi.


MLM memenatkan -Ada kah kerja yang tidak penat? Kalau ada rekomen sama saya, tapi saya nda maulah kalau berkerja tiada gaji. hehe 'bersusah-susah dulu bersenang-senang kemudian'. MLM merupakan salah satu peluang terbaik yang menjanjikan kita kesenangan di kemudian hari. Jangan pula nanti jadi ' bersusah-susah dahulu, sampai tua pun hidup susah'...

Tidak suka berjumpa dgn pelanggan, kekurangan masa berjumpa pelanggan - dalam dunia sekarang ini, yang paling menguntungkan ialah perniagaan online kerana tidak perlukan banyak masa dan tidak perlu jumpa dengan pelanggan. MLM pun banyak yang dijalankan secara online, cuma kita ini masih terlalu sempit fikiran untuk menerima kaedah baru.Selalunya, yang berminat dengan MLM ini pun yang mempunyai pekerjaan tetap, adakah kita fikir diorang ini mempunyai banyak masa dan tenaga untuk berjumpa kita? saya rasa tidak. Cukuplah jumpa sekali-sekala sahaja kan?

Lebih suka kerja sikit dan cepat dapat duit - Kerja sikit dan mau cepat dapat duit itu ada, bukan tiada. Tetapi kerja sedemikian perlukan modal yang besar. Salah satu kerja yang macam ini ialah pelaburan. Kerja kita pergi bank untuk deposit duit saja. Tapi kita ini adakah cukup modal untuk buat pelaburan yang mampu memberikan pulangan 4-5 angka sebulan? Mungkin kita minat yang macam ini punya program. kalau minat cubalah, tapi sia cakap awal² cara macam ini pun perlukan usaha juga.

Sukar utk menerangkan bisnes kpd pelanggan - di sinilah kita minta bantuan upline, di sinilah kita gunakan media dan bahan yang diberikan kepada kita selepas menjadi ahli MLM. Semua penerangan diberikan kepada pelanggan apabila mereka bertanya soalan. Tiada soalan bermakna mereka faham atau tidak berminat. kalau tidak berminat, jamganlah kita memaksa atau menipu.


Takut kena tipu syarikat tiada lesen sah dan halal - 4Life Research Sdn Bhd (575339-A)(AJL931508), berdaftar di negara Malaysia dan produk mendapat sijil halal, saya rasa tiada masalah di sini.

Kekurangan Modal - Komen saya, kalau betul² berminat tidak akan rugi sekiranya kita berhempas pulas mencari modal. Dalam semua perniagaan mesti ada modal. Kalau tidak mengeluarkan modal, macamana kita mau bersungguh-sungguh untuk berkerja?. Selalunya benda yang free, tidak akan dihargai. Modal untuk memulakan perniagaan MLM adalah kecil sangat sekiranya dibandingkan dengan modal untuk memulakan perniagaan lain yang belum tentu untung atau rugi.

Bah biasa lah, sedangkan kerja yang kita buat hari² yang dapat gaji bulan² pun kadang² kita mau cari alasan mau 'escape' ini kan pula MLM yang mungkin kita baru kenal. Apa² pun, itu semua terpulang kepada kita. Yang banyak alasan ini selalunya gagal, lebih baik jangan join apa² pun perniagaan lebih² lagi MLM.




4Life Sabah

Wednesday, October 28, 2009

Skim cepat kaya Berselindung di sebalik MLM

Bah kamurang ada tingu itu 999? cerita harini pasal skim cepat kaya. Skim cepat kaya ni ramai orang minat sebab tidak perlu menjual barang kan? Tapi kita semua sedarkah yang ada juga skim cepat kaya yang berselindung di sebalik MLM? Ini lah yang memburukkan perniagaan MLM nih. Macamana mau kenal skim cepat kaya yang berselindung di sebalik MLM? senang saja. Ada 3 ciri² yang paling ketara yang boleh saya lihat.Cuba tingu ini. Kalau ndak bersetuju dengan pendapat saya ini, atau ada tambahan sila lah komen.

1. Bila memperkenalkan kepada prospek (orang baru) yang ditekankan semata-mata ialah
wang sahaja.

2. Ahli² digalakkan membuat pelaburan dengan menjadikan rumah mereka gudang produk (stokis) ( boleh beli banyak² produk utama dengan syarat ada duit dengan alasan buat pelaburan)

3. maintainance (pembelian bulanan/jualan) dibuat dengan produk yang hampir atau tiada kena-mengena langsung dengan produk utama.

Tiada produk lain di pasaran fungsinya sama dengan produk utama 4Life Transfer Factor.

1. 4Life sangat mementingkan produk, 4Life bangga dengan produknya dan merupakan topik utama yang diperkenalkan kepada ahli baru!

2. Ahli 4Life tidak digalakkan jadi stokis malah 70% barangan yang dibeli mestilah tiada dalam pegangan ahli sebelum pembelian baru dibuat. Ini ditulis dalam buku regulation 4LIfe.

3. barangan 4Life mengandungi Transfer Factor iaitu nadi kepada barangan Utama 4Life

Kepada semua ahli MLM yang bersungguh-sungguh di luar sana, fikirkanlah dengan baik sebelum terlambat.Ya, wang merupakan SALAH SATU sebab kenapa kita join MLM.
Tetapi tidak harus menjadi SATU-SATU nya sebab kita join MLM. Kalau tidak apa bezanya dengan skim cepat kaya? sebab kita ada produk sahaja?

Fikirkanlah mana syarikat MLM yang anda join itu berada:
A - Produk itu wujud sebab syarikat MLM itu - scary!
B - Syarikat MLM itu Wujud sebab produknya - good!

Jangan tanya saya mana satu MLM yang tak baik itu bah. Fikir sendiri, sia nda mau kena saman ni




4Life Sabah