Tentang Kami

Blog Owner
Saya berkerja sebagai seorang guru di Kiulu, Sabah, dan mula diperkenalkan kepada 4Life dan Transfer Factor oleh rakan-rakan sejawat. Saya berminat kepada produk 4Life dan telah mencuba untuk kegunaan saya dan keluarga saya.Kesan
Produk 4Life memang sangat baik dan saya rasa ramai yang akan mendapat manfaat daripadanya.

Blog Admin
Saya merupakan adik kepada tuan punya blog. Kakak saya membeli produk 4Life untuk kegunaan sendiri sahaja, tetapi apabila melihat kepada kebaikan produk 4Life dan Ganjaran Lumayan yang dijanjikan, saya rasa adalah sangat rugi untuk melepaskan peluang keemasan ini. Akhirnya saya menawarkan diri untuk mendirikan dan menguruskan blog ini untuk kakak saya.

Objektif
Tujuan blog ini adalah untuk memperkenalkan Transfer factor 4Life kepada semua orang dan mencari seberapa ramai individu yang berminat Dengan Perniagaan MLM untuk menyertai rangkaian network kami. Dengan adanya blog ini kami berharap semua ahli dalam rangkaian kami dapat bantu-membantu untuk sama-sama mencapai kejayaan bersama 4Life Research.







4Life Sabah


Saturday, October 17, 2009

Apakah Sebenarnya Transfer Factor Ini?

Untuk memahami Fungsi Transfer Factor anda haruslah tahu bagaimana system imun berkerja. Sistem imun akan menghasilkan bahan yang boleh melawan penyakit. Pada pertama kali kita diserang penyakit, system imun kita tidak tahu bagaimana untuk melawan penyakit tersebut. Sebab itulah sesetengah penyakit hanya akan menyerang sekali sahaja dalam seumur hidup.Contohnya penyakit cacar dan beguk. Selepas diserang sekali oleh penyakit ini, system imun kita akan menyimpan maklumat berkenaan virus atau kuman yang menyebabkannya dan cara untuk melawan virus tersebut.
Dengan demikian, walaupun sebenarnya virus yang sama selalu masuk ke badan kita, ianya tidak lagi mendatangkan kesan sebab system imun kita sudah menyediakan antibodi untuk menyerang virus itu.



Sistem imun mestilah sentiasa dalam keadaan aktif dan seimbang. Sekiranya terlalu aktif atau terlalu lemah, ia akan mendatangkan masalah. Jangan salah faham tentang fungsi TF.

TF adalah molekul yang membawa maklumat untuk mengajarkan system imun supaya mengambil tindakan sepatutnya terhadap pelbagai penyakit. Ini meningkatkan fungsi system imun. Bukannya meningkatkan keaktifan system imun itu sendiri. Sila lihat contoh di bawah supaya anda lebih memahami tentang fungsi TF.

Cth1:
Anda tak tahu memasak sejenis masakan tetapi kawan anda tahu. Anda meminta kawan anda mengajar anda cara-caranya. Kawan anda pun menuliskan resepinya pada sekeping kertas dan anda belajar dari kertas tersebut. Dalam kes ini boleh dikatakan kertas tersebut adalah Transfer Factor dan Resepi tersebut adalah maklumat yang tertulis di dalamnya. Anda pula adalah Sistem Imun yang telah mendapat maklumat tersebut. Dengan cara tersebut anda sekarang sudah tahu apakah yang anda perlu buat untuk memasak makanan tersebut.

Cth2:
Komputer anda diserang virus, dan anda tidak boleh membersihkan computer anda dari virus tersebut sebab anda tidak pernah update antivirus dan virus databasenya sudah outdated. Cara yang anda lakukan ialah mengambil pendrive, salin virus database yang baru dari komputer lain yang antivirusnya selalu diupdate, kemudian update antivirus pada pc anda dengan menggunakan pendrive itu. Sekarang antivirus pc anda sudah mampu untuk membuang virus yang menyerang. Dalam kes ini pendrive adalah Transfer Factor yang membawa database yang diperlukan dan software pada pc anda itu adalah Sistem Imun.

Teorinya, apabila seseorang mempunyai imuniti terhadap sesuatu penyakit. Imuniti tersebut boleh diajarkan kepada sistem imun orang lain dengan cara pemindahan Transfer Factor.

TF bukanlah Colostrum ataupun Kuning Telur (yolk). Tetapi adalah molekul informasi yang diekstrak daripada kedua-dua bahan tersebut. Colostrum mengandungi protein susu dimana ianya boleh menyebabkan kesan alergik kepada seseorang. Manakala Kuning telur pula mengandungi bahan kolestrol yang tinggi yang mungkin berbahaya kepada individu tertentu. Oleh itu Transfer Factor tidak boleh dianggap sebagai vitamin, mineral tambahan atau ubat-ubatan. Ianya harus dianggap sebagai satu alat yang mampu meningkatkan kecekapan dan kepandaian system imun kita.

Molekul TF ini lah yang mengajar system imun kita supaya memberi tindakbalas sepatutnya kepada penyakit.


Mungkin anda Lebih faham bila melihat ilustrasi ini






4Life Sabah

No comments:

Post a Comment