Tentang Kami

Blog Owner
Saya berkerja sebagai seorang guru di Kiulu, Sabah, dan mula diperkenalkan kepada 4Life dan Transfer Factor oleh rakan-rakan sejawat. Saya berminat kepada produk 4Life dan telah mencuba untuk kegunaan saya dan keluarga saya.Kesan
Produk 4Life memang sangat baik dan saya rasa ramai yang akan mendapat manfaat daripadanya.

Blog Admin
Saya merupakan adik kepada tuan punya blog. Kakak saya membeli produk 4Life untuk kegunaan sendiri sahaja, tetapi apabila melihat kepada kebaikan produk 4Life dan Ganjaran Lumayan yang dijanjikan, saya rasa adalah sangat rugi untuk melepaskan peluang keemasan ini. Akhirnya saya menawarkan diri untuk mendirikan dan menguruskan blog ini untuk kakak saya.

Objektif
Tujuan blog ini adalah untuk memperkenalkan Transfer factor 4Life kepada semua orang dan mencari seberapa ramai individu yang berminat Dengan Perniagaan MLM untuk menyertai rangkaian network kami. Dengan adanya blog ini kami berharap semua ahli dalam rangkaian kami dapat bantu-membantu untuk sama-sama mencapai kejayaan bersama 4Life Research.







4Life Sabah


Friday, October 23, 2009

Kenapa Mesti sertai MLM ? Kenapa Mesti 4Life?

Tujuan saya menulis ini bukanlah semata-mata untuk tujuan pengiklanan sahaja. Ini adalah untuk memotivasikan diri sendiri juga.

Bagi saya, ada dua sebab utama kenapa orang dan saya sendiri mahu menyertai MLM, iaitu untuk Kesihatan dan untuk Pendapatan Tambahan.

Kesihatan
Apa-apa ubat atau produk kesihatan, walaupun dihasilkan oleh dokter yang terbilang, belum tentu menjamin kesihatan kita. Kita cuma berikhtiar dan yang menentukan adalah Tuhan. Jika kita melihat kepada bukti saintifik dan testimonial keberkesanan produk 4Life, tiada salahnya kita mencuba sekarang. Orang kata, 'mencegah lebih baik dari mengubati'. Sekiranya sudah sakit tenat barulah mencari cara untuk berubat, bukankah itu agak terlambat? Kenapa kesihatan diutamakan? Sebab kalau ada duit berjuta-juta pun tapi selalu sakit² apa gunanya? Bayangkanlah, kita suka makan makanan manis, tetapi terpaksa mengawal dengan memakan makanan yang tawar² saja sebab penyakit kencing manis kita. Kalau kita boleh hilangkan penyakit itu dengan wang adakah kita akan membelanjakan wang kita? Sudah tentu kan?

Sistem imun menjadi semakin kurang efektif apabila usia kita semakin meningkat dan kita terdedah kepada berbagai risiko penyakit berbahaya. Sebab itulah, dulu ketika kita muda, mungkin kita jarang sakit². Tambahan pula di zaman kita sekarang ini terdapat pelbagai 'penyakit moden' yang dahulunya tidak pernah ada. Kajian saintifik telah mengesahkan perkara ini. Antara penyebab utama penyakit adalah akibat terdedah kepada pencemaran air/udara, kekurangan nutrien, tabiat makan yang buruk dan tekanan.

Keupayaan Transfer Factor telah diiktiraf oleh ramai pakar kesihatan sebagai penemuan yang paling menakjubkan dalam sejarah imunologi dan pecegahan penyakit. Untuk menilai manfaat besar yang Transfer Factor dapat berikan kepada anda dan keluarga anda, cuba tanya soalan berikut:

berapa kalikah dalam setahun kita menghidap selesma, demam dan sakit tekak?
Adakah anda atau ahli keluarga anda sedang berhadapan dengan jangkitan kronik?
Adakah sesiapa dalam keluarga anda mempunyai kanser?
Adakah anda ingin memberi peluang untuk keluarga anda berupaya melawan penyakit dengan sokongan Transfer Factor?
Adakah anda ingin memendekkan tempoh jangkitan penyakit tanpa bergantung kepada antibiotik?
Adakah anda mencari kemungkinan ada pemakanan tambahan yang begitu canggih dalam cara ia membantu melawan penyakit?

Transfer Factor mempunyai rekod keselamatan yang cemerlang. Penyelidik memberi dos beratus kali ganda lebih dari dos yang disyorkan kepada sukarelawan. Dari pemerhatian yang dibuat, tidak terdapat sebarang kesan buruk atau kesan sampingan negatif.

Sistem imun yang hebat adalah kunci kepada kesihatan berkekalan. Sebelum kita mengambil apa-apa langkah, kita perlu terlebih dahulu memberi perhatian kepada imuniti. Jadi, sebelum anda mengambil berbagai pemakanan tambahan untuk mempertingkatkan kesihatan anda, mulakan dengan sokongan imun. Dan untuk menyokong sistem imun kita, Transfer factor daripada 4Life Research adalah jawapannya.

Pendapatan Tambahan
Tanyalah sesiapa sahaja yang berkerja makan gaji, adakah gaji mereka cukup untuk perbelanjaan setiap bulan? 90% akan menjawab 'tidak cukup'. Bukannya tidak bersyukur, tetapi kalau ada pendapatan tambahan bolehlah kita gunakan untuk mendapatkan apa yang selama ini kita inginkan selain menggunakannya untuk beramal atau membantu orang lain.Percayalah, dengan beramal, bersedekah dan membantu orang lain, kehidupan kita akan menjadi lebih bermakna. Mungkin selama ini kita rasa gaji kita sudah cukup untuk kegunaan seharian tapi jangan lupa terdapat keadaan di luar kawalan kita yang mungkin memaksa kita berbelanja lebih. Contohnya, ahli keluarga kita jatuh sakit, kawan meminta bantuan, bencana alam dan sebagainya.
Jangan salah faham, saya cuma menyatakan keadaan sebenarnya di mana kita akan berasa 'baiknya kalau saya ada duit lebih'.

Anda ingin kahwin dan sanggup meminjam dengan bank untuk tujuan tersebut. Itupun kalau kita layak membuat pinjaman. Kalau gaji kita RM1500 sebulan, dalam setahun gaji kita baru RM18000. Wah banyak juga ya? Tapi itupun kalau kita langsung tak berbelanja ! tolak sewa rumah RM150,(paling rendah la tu), makan-minum kita,tolak lagi bayar kenderaan, bil², bahagian untuk family kita di kampung, hutang PTPTN (kalau kita bayar lah), sudah kira Cemerlang kalau kita dapat menyimpan RM500 sebulan. Dengan RM500 sebulan setahun baru boleh kumpul RM6000... berapa lama kita harus berhempas-pulas baru boleh kawin? Bagaimana pula kalau kita dapat menyimpan RM100 sahaja sebulan??. Dengan hutang² yang banyak, mampukah kita menjaga pasangan kita nanti? Bukan mahu mematahkan semangat, tidak sama sekali.Kita perlu sedar hakikat ini. Dengan menyertai MLM, sekirannya kita berhempas-pulas seperti kita melakukan kerja kita sekarang, mengumpul RM6000 atau lebih dalam sebulan bukanlah suatu yang mustahil.

Banyak cara untuk menambahkan pendapatan. Contohnya berkerja overtime, part time dan berniaga. Bagi pekerja yang berkerja dengan kerajaan seperti saya, overtime tidak tersenarai dalam list tersebut.Berniaga adalah satu cara yang paling berkesan untuk menambahkan pendapatan dan bagi saya ialah melalui perniagaan MLM kerana ianya tidak memerlukan modal yang tinggi dan masa yang banyak. Peniagaan MLM mungkin susah bagi kita kerana cara pemikiran yang agak sempit,negatif ataupun kekurangan pendedahan. Jangan marah, selalunya perkara yang buruk tentang MLM lebih menonjol daripada perkara yang baik. Kita mungkin lihat pada orang yang gagal sahaja dan tidak pernah lihat orang yang berjaya.

Ada cara lain yang saya sudah cuba, termasuklah cara penjualan ebook, affiliate dan adsense.Saya tidak mengatakan cara ini gagal tetapi cara ini tidak menjanjikan pendapatan yang tetap. Ianya bergantung 100% kepada jumlah pelawat. Tiada pelawat = tiada income.Apa yang saya lihat, Hampir semua website yang menjalankan perniagaan ebook reseller ini tidak mendaftarkan perniagaan mereka, satu kelemahan yang besar pada pendapat saya lah.

Mungkin kita pernah lihat ayat² yang mengatakan 'tidak perlu jual barang','tidak perlu menaja', 'tidak perlu maintain' dan sebagainya. Pada hakikatnya, tiada perniagaan yang tidak perlu menjual. Sekiranya ada, mana datangnya income? mana datangnya komisyen? bukankah itu satu penipuan?.Dalam perniagaan ebook, yang kita jualkan dah semestinya ebook itu sendiri. Maintenance yang kita buat adalah kos pengiklanan, yang belum tentu akan menjanjikan pulangan. Perniagaan barang digital ini berisiko tinggi pula kerana barang digital boleh dicetak-rompak dengan mudah. Kalau dah dicetak rompak tu, adalah nanti ebook yang boleh kita dapat dengan percuma. Jadi, bagaimana kita harus menjual barang yang boleh didapati secara percuma?
Multi Level Marketing (MLM) dengan 4Life menjanjikan produk yang unik, bermutu, berguna, dipatenkan, didaftarkan dan dihasilkan oleh syarikat yang terkemuka. Barangan tak mungkin didapati di kedai² biasa, kecuali melalui jaringan pengedar 4Life.

Fahami pelan ganjaran mana² MLM, tiada MLM yang tidak menjanjikan peluang pendapatan lumayan. Dengan menyertai 4Life, peluang kita adalah sangat besar. Sekirannya anda rasa berkerja dan bergantung sepenuhnya pada gaji anda setiap bulan sudah mencukupi , MLM bukanlah untuk anda.


Ayat yang selalu didengar.Wang bukanlah segala-galanya tetapi segala-galanya pada hari ini memerlukan wang.

Fikirkan sendiri betul atau tidak.





4Life Sabah

No comments:

Post a Comment