Tentang Kami

Blog Owner
Saya berkerja sebagai seorang guru di Kiulu, Sabah, dan mula diperkenalkan kepada 4Life dan Transfer Factor oleh rakan-rakan sejawat. Saya berminat kepada produk 4Life dan telah mencuba untuk kegunaan saya dan keluarga saya.Kesan
Produk 4Life memang sangat baik dan saya rasa ramai yang akan mendapat manfaat daripadanya.

Blog Admin
Saya merupakan adik kepada tuan punya blog. Kakak saya membeli produk 4Life untuk kegunaan sendiri sahaja, tetapi apabila melihat kepada kebaikan produk 4Life dan Ganjaran Lumayan yang dijanjikan, saya rasa adalah sangat rugi untuk melepaskan peluang keemasan ini. Akhirnya saya menawarkan diri untuk mendirikan dan menguruskan blog ini untuk kakak saya.

Objektif
Tujuan blog ini adalah untuk memperkenalkan Transfer factor 4Life kepada semua orang dan mencari seberapa ramai individu yang berminat Dengan Perniagaan MLM untuk menyertai rangkaian network kami. Dengan adanya blog ini kami berharap semua ahli dalam rangkaian kami dapat bantu-membantu untuk sama-sama mencapai kejayaan bersama 4Life Research.







4Life Sabah


Wednesday, October 28, 2009

Demam MLM di kalangan guru

Baru seminggu join MLM 4Life seronok juga rasanya, tambahan pula admin (adik saya) makin rancak beriklan di google. Ramai juga yang nak join tapi nak mengkaji habis-habisan dulu, well, itu yang saya syorkan :).

Sejak Perdana Menteri kita yang lalu membenarkan kakitangan awam berniaga ni, ramai juga guru di sekolah saya yang tidak mahu melepaskan peluang. Dulunya memang dah ada pun kaki-kaki MLM ni tapi bergerak underground sebab ketika itu belum secara publicnya kakitangan awam dibenarkan berniaga. Rasanya sekarang, di sekolah saya, hampir semua rakan sejawat sudah 'Demam MLM'. Pantang saja waktu balik sekolah, mesti boleh dengar sesiapa bercerita tentang 'progress' perniagaan MLM mereka. Kalau dulu, mungkin boleh dengar 'bah balik dulu sia, see you tomorrow', tapi sekarang ni yang saya dengar 'jutawan!', 'succes selalu!' dan macam-macam lagi yang berunsur 'ke-MLM-an'. Macam begitulah lebih kurang. Apapun kalau boleh, janganlah keterlaluan sangat, semangat tu, semangat juga, tapi kenalah berpada-pada. Jangan pula nanti orang pandang negatif kepada kakitangan kerajaan, terutama kita yang bergelar guru ni. Jangan pula tanggungjawab kita kepada pelajar terabai kerana ketaksuban kepada mlm. Mengikut pendapat saya, kalau dah sanggup minta cuti tanpa gaji tu, dah agak keterlaluan dan sudah dikira menganggu tugasan.

Kawan mesti kita jaga, jangan sebab sibuk 'mempromote' kepada kawan, nanti jadi bermasam muka pula. Ya lah, MLM ni lebih kurang politik juga. Masing-masing nak menunjukkan sendiri punya MLM tu baik. Saya setuju dengan admin. Tak payah berebut downline, kalau minat diorang akan cari sendiri, tak perlu berapi-api. Cukup dengan beri sedikit info saja. Berkawan biar ikhlas. kalau nak cerita pasal MLM tu, cerita lah, saya dengar saja tapi kalau dah sampai tahap menimbulkan rasa bersalah orang sekiranya tak join, itu kan tak baik. Jangan sekali-kali peralatkan persahabatan. Terasa juga kalau ada yang cuba berkawan sebab 'ada udang di sebalik meggi'...


Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berkata, permit berkenaan melibatkan perniagaan dan penjaja kecil seperti di pasar tani, pasar malam dan kawasan perumahan yang masih mempunyai ruang untuk kegiatan itu.

‘‘Bagaimanapun, kakitangan kerajaan berpendapatan rendah yang berminat perlu meminta keizinan terlebih dahulu daripada ketua jabatan supaya tidak mengganggu tugas dan tanggungjawab di pejabat.

‘‘Sekiranya langkah ini tidak menyebabkan mereka mengabai tugas dan tanggungjawab, mereka boleh (memohon) tetapi bergantung kepada permohonan dan pertimbangan ketua jabatan masing-masing,’’ jelasnya. Petikan dari Utusan Malaysia







4Life Sabah

No comments:

Post a Comment