Tentang Kami

Blog Owner
Saya berkerja sebagai seorang guru di Kiulu, Sabah, dan mula diperkenalkan kepada 4Life dan Transfer Factor oleh rakan-rakan sejawat. Saya berminat kepada produk 4Life dan telah mencuba untuk kegunaan saya dan keluarga saya.Kesan
Produk 4Life memang sangat baik dan saya rasa ramai yang akan mendapat manfaat daripadanya.

Blog Admin
Saya merupakan adik kepada tuan punya blog. Kakak saya membeli produk 4Life untuk kegunaan sendiri sahaja, tetapi apabila melihat kepada kebaikan produk 4Life dan Ganjaran Lumayan yang dijanjikan, saya rasa adalah sangat rugi untuk melepaskan peluang keemasan ini. Akhirnya saya menawarkan diri untuk mendirikan dan menguruskan blog ini untuk kakak saya.

Objektif
Tujuan blog ini adalah untuk memperkenalkan Transfer factor 4Life kepada semua orang dan mencari seberapa ramai individu yang berminat Dengan Perniagaan MLM untuk menyertai rangkaian network kami. Dengan adanya blog ini kami berharap semua ahli dalam rangkaian kami dapat bantu-membantu untuk sama-sama mencapai kejayaan bersama 4Life Research.







4Life Sabah


Sunday, October 25, 2009

Tidak mustahil jadi kaya dengan MLM 4LIfe

Semua orang kalau boleh mahu jadi kaya. Tapi adakah kita melakukan sesuatu untuk merealisasikan impian kita?. Kalau setakat beli nombor ekor atau berkerja mati-matian setiap hari, nampaknya impian kita itu akan terkubur begitu sahaja. Jika kita lihat yang monopoli kekayaan di negara kita ialah kawan-kawan kita yang berbangsa cina. Kenapa? bukan sebab orang cina bertuah, tetapi sebab diorang semua berani dan bijak mencari peluang. Berani mengambil risiko, sanggup berhutang untuk memulakan perniagaan contohnya. Tidak, bukan lah saya mahu anda berhutang, kita semua mahu lari daripada berhutang, cuma mau menunjukkan kenapa orang cina lebih maju daripada bangsa kita. Kenapa kita tidak boleh buat? adakah kita ini tidak sebijak bangsa lain?

Mungkin kita selalu berfikir, ah saya tiada duitpun pun, saya ada tanah yang luas, kalau setakat mau makan itu langsung tiada masalah. Mungkin itu benar tapi sampai bila? Walaupun ada tanah yang luas, walaupun padi sawah kita bergantang-gantang tapi, still kita memerlukan wang untuk mendapatkan keperluan lain. Sanggupkah kita berkerja sampai tua di tanah kita? ketika muda mungkin tiada masalah, tapi fikirkanlah ketika anda sudah berumur dan badan pun selalu sakit-sakit. Sanggupkah kita berkerja sama seperti sekarang?

Budaya bergantung 100% kepada gaji bulanan ini perlu dikikis. Kita berkerja dari pagi sampai petang. habis bulan dapat gaji, terus habis. Cuba fikirkan kerja yang kita lakukan setiap hari, kalau besok macamana? adakah masih melakukan kerja yang sama? lusa, minggu depan, tahun depan, sepuluh tahun yang akan datang macamana? Perniagaan MLM ini tidak perlukan masa yang banyak, kebanyakkan Ahli MLM yang berjaya bermula dengan secara sambilan. Tersenyum saya bila memikirkan terdapat guru yang sanggup ambil cuti tanpa gaji semata-mata untuk menjalankan MLM. Kalau tidak habis fikir, mungkin kita anggap orang yang sedemikian bodoh. Tapi apa yang membuatkan mereka sanggup berbuat demikian? Sebagai seorang kakitangan kerajaan, dan melihat kepada gaji anda setiap bulan, berapa lamakah anda rasa anda mampu kumpulkan RM10,000?. Kawan saya telah berjaya mengumpulkan wang sebanyak itu dalam masa sebulan selepas menyertai MLM dengan 4LIfe.

Memulakan perniagaan MLM memang susah kalau tiada modal. Jangan salah anggap, semua perniagaan mesti memerlukan modal. Bezanya adakah modal itu besar atau kecil. Buka kedai makan contohnya, fikirkan berapa modal yang anda perlukan. Fikirkan tentang gaji pekerja, sewa kedai, bahan-bahan seharian dan yang penting sekali, masa yang kita harus peruntukkan untuk kedai tersebut. Untuk memulakan MLM dengan 4Life tidak perlukan masa dan modal yang sedemikian.

Tahukah anda, kawan-kawan kita dari semenanjung berlumba-lumba datang ke sabah dan serawak untuk meluaskan perniagaan MLM mereka. Kenapa? kerana rakyat sabah dan serawak ramai yang tidak tahu akan peluang ini, dan mereka yang pertama datang ke sabah dan serawak adalah orang yang beruntung. Bila bercakap pasal MLM, ramai yang bersikap tunggu dan Lihat. 'sia tingu dulu si anu, kalau dia dapat duit barulah sia join' macam itulah yang saya selalu dengar.
Jangan ketinggalan dengan orang lain bah. Bila seseorang itu sudah dapat income dalam MLM ini, dia akan jadi lebih bersemangat dan peluang untuk anda menunjukkan yang anda pun boleh buat sudah agak ketinggalan. Anda baru bermula, orang lain sudah dapat income yang banyak dan mampu bergerak ke tempat yang lebih jauh dan lebih berani, pengaruh lebih besar manakala peluang anda di tempat anda sendiri sudah diambil orang. sayang kan? Memang betul, semua orang ada rezeki masing-masing, tapi dalam perniagaan terutamanya MLM, saya percaya yang siapa cepat dia dapat.

Kalau mengusahakan sesuatu itu, sudah semestinya kita mahu lihat hasilnya. Perniagaan MLM, dari mula kita join, kita sudah mampu melihat potensinya. Jika kena caranya, dan usaha yang kita lakukan, hasilnya memang lebih daripada 'balik pokok'. Malangnya ramai yang rasa rugi selepas menceburkan diri dalam MLM ini. tapi cuba fikir betul-betul, kenapa kita saja yang rugi dan orang lain boleh pula untung beribu-ribu? Thats mean there are something wrong with us. Ada sesuatu yang tak kena dengan kita. mungkin usaha kita, ataupun cara kita salah, ataupun kita memang duduk diam saja dan berharap kepada orang lain saja untuk berkerja untuk kita. No wonderlah kita tidak dapat apa-apa betul tak?

Dengan Menyertai 4Life, peluang untuk berjaya itu memang sangat besar, lihat saja pelan komisyen. Ada MLM yang hanya memberikan keuntungan besar di pangkat-pangkat tertentu, tetapi tidak dalam 4LIfe, pangkat yang rendah pun memberikan peratusan komisyen yang besar. Kalau anda biasa dalam MLM silalah kaji pelan ganjaran hayat. Apa² pun, saya setuju, join MLM ini tidak boleh kalau anda dipujuk rayu, dipaksa dan setakat mau menjaga hati kawan. Kami perlukan ahli yang masuk kerana minat dan yakin dengan peluang di 4Life. Upline saya selalu bercakap, 'biarlah kalau diaorang nda mau, jangan paksa, kita tiada masa mau entertain orang yang tidak minat sebab banyak lagi orang lain yang saya mau jumpa'.

Betul juga bah cakap dia tu kan?







4Life Sabah

No comments:

Post a Comment