Tentang Kami

Blog Owner
Saya berkerja sebagai seorang guru di Kiulu, Sabah, dan mula diperkenalkan kepada 4Life dan Transfer Factor oleh rakan-rakan sejawat. Saya berminat kepada produk 4Life dan telah mencuba untuk kegunaan saya dan keluarga saya.Kesan
Produk 4Life memang sangat baik dan saya rasa ramai yang akan mendapat manfaat daripadanya.

Blog Admin
Saya merupakan adik kepada tuan punya blog. Kakak saya membeli produk 4Life untuk kegunaan sendiri sahaja, tetapi apabila melihat kepada kebaikan produk 4Life dan Ganjaran Lumayan yang dijanjikan, saya rasa adalah sangat rugi untuk melepaskan peluang keemasan ini. Akhirnya saya menawarkan diri untuk mendirikan dan menguruskan blog ini untuk kakak saya.

Objektif
Tujuan blog ini adalah untuk memperkenalkan Transfer factor 4Life kepada semua orang dan mencari seberapa ramai individu yang berminat Dengan Perniagaan MLM untuk menyertai rangkaian network kami. Dengan adanya blog ini kami berharap semua ahli dalam rangkaian kami dapat bantu-membantu untuk sama-sama mencapai kejayaan bersama 4Life Research.







4Life Sabah


Sunday, October 18, 2009

Macamana mau pilih MLM yang bagus

Sebelum ini banyak betul sudah sia dengar pasal MLM.
Bah, kita semua mesti selalu bah dengar orang bilang, join ini mlm bagus ni bulih dapat duit banyak.. join ini barang dia laku semua orang beli... beli ini barang berguna betul ini bulih sembuh penyakit dan macam² lagi lah kan.Sia bukan mau kondem sesiapa, bukan kutuk sesiapa, sia pun baru bermula dengan MLM ni. So apa yang saya cakap di sini pendapat saya saja. terpulang la kamurang. kita semua pandai bepikir sudah. pandai buat andaian dan keputusan sendiri.Memang banyak sudah betul MLM sia pernah dengar. Banyak kali juga kena promote tapi baru kali ini dengan 4Life saya baru tertarik. Kenapa? Setiap kali saya kena promote join MLM sia mesti mau tingu beberapa perkara dulu.

First sekali sia tingu dia punya produk. Ini yang peling penting sekali. Bagi saya produk yang bagus mesti yang boleh dipakai selalu samaada oleh saya atau kawan-kawan atau sesiapa saja yang memerlukan.Paling baik adalah barang consumeable atau yang boleh habis. seperti makanan, minuman atau ubat. Apa² saja lah barang yang yang boleh habis. Reason dia ialah nanti senang mau cari customer. Produk utama MLM yang kita jalankan itu mestilah boleh digunakan oleh sesiapa saja. Saya ada beli itu penapis air RX water, itu pun dalm syarikat MLM juga bah tapi sia nda pernah kasi jalan sebab sia rasa produk dia itu bukan perlu dibeli hari² atau bulan². Memang bagus betul produk dia sebab kamiurang di rumah sini, nda lagi pernah masak air. pasang saja itu penapis lepas tu boleh minum terus dari sana. Tapi, ya lah, siapa yang mau beli penapis air setiap bulan kan? so sia rasa peluang pasaran dia limited. Biarlah family sia pakai sendiri itu.

Okay second, sia mesti mau tingu itu dia punya plan marketing. Sia tingu itu dia punya percent banyak ka tidak. 25% daripada level 1 atau 2 downline adalah antara tertinggi sia perna tengok. kalau komisyen level 1 dan 2 pun belum dapat cover itu maintenance punya kos, sakit lah kita. Walau macamana pun mesti kena ada maintence dalam MLM baru ada duit masuk. Kalau kompeni MLM tu mempromote cara buat duit semata-mata, nampaklah yang produk diorang tu sekadar cukup syarat saja. Nampak sangat lah yang duit komisyen tu semua datang dari penajaan ahli baru.

Yang ketiga, tingu dia punya kompeni background. Kaji dulu betul² wujud ka nda. Tengok sudah berapa lama wujud. kalau belum sampai setahun tu takkan kita mau join ntah² tipu saja. Bagi saya Sekurang-kurangnya 3 tahun. Hmm jangan tanya saya kenapa 3 tahun. Bah macam ambil diploma la sekurang²nya 3 tahun, kalo kita abiskan diploma dalam masa kurang dari 3 tahun orang akan persoalkan. Memang ada tapi tak banyak orang yang boleh buat. :) Memang bagus juga kalau kita kenal siapa yang start itu kompeni tapi jangan sebab orang ternama yang bikin itu kompeni, terus kita lupa hal penting ni.

Yang Keempat, Testimonial mesti ada. Testimonial orang yang pernah menggunakan produk dan testimonial orang yang sudah buat duit. Mesti mau ada. Kalau kompeni yang baru ditubuhkan ada testimonial tu pelik la sikit.. susah mau percaya.Sebab itulah pentingnya kajian saintifik pula. Testimonial dari seluruh dunia untuk Produk 4Life ni memang tidak terkira sudah. Tapi yang best kalau ada testimonial daripada rakan-rakan yang terdekat. Saya percaya ini 4Life sebab orang yang ada di dekat² saya sudah cuba. Dan dia tida buat MLM pun. Dia cuma guna produk untuk kegunaan sendiri.

Yang kelima. Yuran masuk ;) Kalo lebih RM2000 untuk join di pangkat ahli terendah, orang selalu terpaksa rejek atau tangguh dulu. Bah berapa banyak diantara kita yang nda berat hati mau kasi lepas RM2000? banyak tu bah. Bila yuran masuk itu terlampau tinggi, susah la mau cari prospek kan?. Anyway ini mungkin nda berapa penting sebab kalau betul² mau berjaya, ahlong pun ahlong lah :)

Ok lah sia rasa cukup dulu 5 perkara itu.Kaji lah dulu dalam² baru join sebab kalau nda dikaji betul² nanti kita sendiri yang rugi. Join MLM ni bagi saya nda perlulah merayu-rayu orang mau join atau susah payah mau convince. Selalunya yang join setelah dipujuk rayu itu akan jadi member yang tidak aktif. Kesian saja, nanti dia rasa ditipu pula.Sia dulu pergi ceramah 4Life sekali saja. itu pun nda dengar sampai abis sebab sia punya anak buah menangis² minta dibawa ber jalan². so saya terpaksa keluar dari bilik ceramah tu kerana takut mengganggu. Balik rumah baru saya cari info sendiri. Saya yakin dengan info² yang saya dapat so, akhirnya saya join. Saya bernasib baik kerana diperkenalkan dengan 4Life





4Life Sabah

No comments:

Post a Comment