Tentang Kami

Blog Owner
Saya berkerja sebagai seorang guru di Kiulu, Sabah, dan mula diperkenalkan kepada 4Life dan Transfer Factor oleh rakan-rakan sejawat. Saya berminat kepada produk 4Life dan telah mencuba untuk kegunaan saya dan keluarga saya.Kesan
Produk 4Life memang sangat baik dan saya rasa ramai yang akan mendapat manfaat daripadanya.

Blog Admin
Saya merupakan adik kepada tuan punya blog. Kakak saya membeli produk 4Life untuk kegunaan sendiri sahaja, tetapi apabila melihat kepada kebaikan produk 4Life dan Ganjaran Lumayan yang dijanjikan, saya rasa adalah sangat rugi untuk melepaskan peluang keemasan ini. Akhirnya saya menawarkan diri untuk mendirikan dan menguruskan blog ini untuk kakak saya.

Objektif
Tujuan blog ini adalah untuk memperkenalkan Transfer factor 4Life kepada semua orang dan mencari seberapa ramai individu yang berminat Dengan Perniagaan MLM untuk menyertai rangkaian network kami. Dengan adanya blog ini kami berharap semua ahli dalam rangkaian kami dapat bantu-membantu untuk sama-sama mencapai kejayaan bersama 4Life Research.







4Life Sabah


Wednesday, October 21, 2009

Menjayakan MLM 4Life

Disebabkan saya sedar ramai yang join MLM ni gagal. Saya cuba cari sebab-sebabnya dan kemungkinan boleh la kitaelakkan nanti. ya lah, kalau tidak tau masalahnya macamanalah mau setelkan. :). Selepas buat kajian sia cuba tuliskan plan yang patut saya buat untuk menjayakan 4Life. Saya tidak tahu samaada apa yang saya katakan di sini akan berguna atau tidak kepada anda.

Sebab utama gagal ialah downline tidak buat kerja..hmm macamana mau paksa orang buat kerja? Jangan sekali-kali orang join di bawah anda sebab mau jaga hati anda saja. Percayalah kalau join sebab macam tu tak akan pergi jauh punya diorang. Kejadian malas berkerja ini mungkin tak akan berlaku kalau kita cari downline yang mampu bergerak sendiri dan join dengan minat sendiri. Seperti yang kita tau upline bukanlah sebab utama kita boleh berjaya. Banyak kes dalam MLM yang menunjukkan downline lebih success dari upline. Selepas join, upline cuma mampu beri nasihat, motivasi dan tunjuk-ajar. tetapi yang menggerakkan itu ialah kita.. tiada orang lain yang mampu buat kecuali diri sendiri. Saya rasa ini mesti dijadikan prinsip dalam rangkaian networking saya.

Cari calon downline ni sebenarnya senang. tapi kita semua mau downline yang berkualiti. yang boleh bergerak sendiri.Promote kepada ahli keluarga dan rakan² boleh juga tapi agak terbantutlah pada pendapat saya. so saya minta tips dari ramai orang yang join MLM. ada yang baik dan ada juga yang buat cara yang saya kurang setuju. Yang saya setuju dan saya rasa penting sekali ialah mesti jujur. sia nda mau sembunyikan apa² yang saya tau supaya orang yang saya rekruit itu boleh menilai sendiri baik dan buruknya MLM yang saya join ini. Penting sebab kalau downline tidak memikirkan semua posibilities, saya takut diorang akan menyesal kemudian hari dan berputus asa. Tidak kurang juga yang akan merasa tertipu. Ini akan memburukkan nama saya dan seterusnya ahli² dalam networking saya.

Sebab saya agak arif dengan Internet, saya akan mengiklankan 4Life melalui blog ini dan akan menggunakan service google adwords. Saya sedar, bukan semua orang menggunakan internet, jadi alternative lain yang akan saya lakukan ialah melalui suratkhabar. Kos memang murah kalau iklan melalui suratkhabar, terutama di sabah ni.

Modal memang kena ada. Saya sudah terfikir dari awal sejak saya join. Percayalah, MLM ini susah mau berjaya kalau kita tiada modal. setakat bayar keahlian dan buat maintenance bulanan itu tidak cukup. Kita mesti sedar ini semua supaya kita bersedia awal dan tidak akan tersandung di tengah jalan. Pengiklanan melalui internet ni tidak akan miss daripada menulis artikel. Penulisan artikel ni penting untuk menarik pelawat ke blog promosi kita. Saya selalu juga join program affiliate menggunakan clickbank. Memang susah kalau tiada modal kecualilah kalau kita sendiri ada kepandaian menulis artikel. Artikel yang ditulis juga mestilah berkualiti. kalau mau upah orang tulis artikel untuk tujuan pengiklanan tu sudah tentulah akan mengeluarkan duit juga. Seboleh-bolehnya kita mau minimumkan penggunaan duit, sebab salah satu tujuan utama join MLM ini pun adalah untuk menambahkan pendapatan.

Jangan Paksa! Jangan Merayu! dan JANGAN MENIPU. Saya join 4Life dengan minat dan kefahaman saya sendiri. Saya harap sekiranya anda terjumpa blog ini dan ingin join kajilah betul² dulu. Sila hubungi saya. saya akan cuba beritahu apa yang saya tahu ataupun se kurang² nya cubalah baca dulu post yang saya buat di blog ini yang dilabelkan di bawah Apa admin bilang





4Life Sabah

No comments:

Post a Comment